Wednesday, June 26, 2019

MENGATASI PENYAKIT KENCING MANIS

PENDEKATAN VEGAN LEMAK RENDAH UNTUK MENGATASI PENYAKIT KENCING MANIS

Pendekatan saya untuk mengatasi penyakit kencing manis agak berbeza sedikit dari pandangan kebanyakan ahli kesihatan dan pesakit kencing manis yang lain. Pendekatan yang saya amalkan ini berbeza dari segi pemakanan:

Diet Vegan Lemak Rendah
70-80% karbohidrat
10-15% lemak
10-15% protein

Walaupun semua karbohidrat akan dijadikan glukosa dalam badan kita, antara punca berlakunya rintangan insulin adalah seperti berikut:

Lemak berlebihan yang tersimpan di antara sel otot - intramyocellular lipids (juga dikenali sebagai extracellular lipids - lemak di luar sel).

Insulin boleh dianggap sebagai kunci pintu di tembok sel untuk membuka pintu masuk supaya glukosa dapat masuk ke dalam sel dan digunakan sebagai bahan sumber tenaga. 

Apabila lemak di sel lemak (adipose tissue) sudah penuh, lemak yang berlebihan akan berliaran dan masuk ke tempat yang tak patut (ectopic fat -misplaced fat). Lemak berlebihan dan terlalu banyak ini akan masuk ke dalam organ badan dan sel otot, ia juga akan menyebabkan saluran kunci tersumbat dan menghalang insulin berfungsi dengan akibat glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel untuk digunakan sebagai sumber tenaga.

Semua penyakit ansuran yang berpunca dari penyakit  kencing manis seperti neuropathy, retinopathy, dermopathy dan sebagainya adalah disebabkan kematian sel akibat dari kekurangan sumber tenaga (glukosa). Ini berlaku kerana terlalu banyak lemak tersumbat yang menghalang glukosa masuk ke dalam sel. 

Cara untuk menghalang lemak daripada tersumbat dalam saluran:

1. Kurangkan pengambilan makanan berlemak dari semua sumber - sumber haiwan mahupun sumber tanaman.

Pantangkan pemakanan protein haiwan. Semua protein haiwan mengandungi lemak, ini adalah satu kenyataan. Perbezaannya sama ada banyak atau sedikit. Contoh  protein haiwan yang patut dipantang makan termasuklah:
- Semua daging dan telur (lembu, kambing, ayam, itik, rusa, unta, babi)
- Semua makanan laut (seafood): ikan, sotong, udang, ketam, siput dan sebagainya
- Semua makanan berasaskan tenusu: susu, dadih, keju, krim, tairoo dan sebagainya.

2. Bersenam
Bersenam dapat membakar lemak yang berlebihan. Tidak kira apa jua senaman yang dilalukan - asalkan kita berpeluh sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kita perlu bersenam berpeluhan 30 minit setiap hari. Tiada guna jika kita bersenam tiga jam hanya seminggu sekali.

3. Berpuasa di antara 16 ke 24 jam
1) Makan sarapan pagi yang berat di antara jam 8 pagi atau lebih awal. Makan tengah hari secara  bersederhana, makan malam yang ringan (sup atau salada/ulam) sebelum waktu maghrib, dan dituruti dengan puasa sehingga pagi keesokannya.

2) Kalau badan kita dapat bertahan yang lebih ekstrim, boleh cuba berpuasa seharian dengan hanya makan sekali sehari ketika waktu sahur.

Kedua-dua kaedah ini dibenarkan minum air kosong sahaja sewaktu berpuasa.

Cara ia berfungsi:
Badan kita memerlukan lebih kurang 2,300 kilokalori tenaga setiap hari. Ketika berpuasa, badan tidak menerima makanan dan diibaratkan seperti tidak mengisi minyak petrol ke dalam tangki kereta. Untuk bergerak dan menjalani aktiviti seharian, badan kita masih memerlukan 2300 kilokalori tersebut. Jadi, dari manakah sumber tenaga boleh didapati ketika berpuasa?

Jawapanya: Badan kita akan makan diri sendiri atau dikenali sebagai “autophagy.” Proses autophagy ini baru sahaja difahami dan dibentangkan oleh seorang saintis Jepun, Dr Yoshinori Ohsumi. Beliau telah memenangi Hadiah Nobel pada tahun 2016 dan ceritanya dapat dilihat di: 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLKOb_MJ4QZqnYzb7qCGzKTz2--a315eb3

Pada mulanya badan kita akan menggunakan sel lemak untuk tenaga. Jika kita masih sambung berpuasa dan sudah hampir habis sel lemak digunakan sebagai sumber tenaga, badan kita akan cari sumber tenaga yang lain pula - badan kita akan menggunakan sel rosak dan sel yang tua sebagai sumber tenaga.

Apabila kita makan pula, badan kita akan membina sel yang baru dan muda untuk mengganti sel rosak dan tua yang telah digunakan sebagai sumber tenaga. Cara ini adalah kaedah semulajadi bagaimana badan kita menjalani awet diri - “rejuvenation.”

Ketika berpuasa, badan kita akan membakar lemak yang berlebihan seperti lemak di sel lemak (adipose tissue) serta lemak yang tersimpan di antara sel otot (intramyocellular lipid). Apabila lemak tersebut sudah habis, saluran tidak lagi tersumbat dan insulin dapat berfungsi untuk membuka pintu supaya glukosa boleh masuk ke dalam sel. Ini akan menstabilkan dan mengurangkan tahap glukosa dalam saluran darah.  

Kaedah dan pendekatan untuk mengatasi penyakit kencing manis ini dengan tentunya bukan boleh dapat keputusan serta merta. Ia akan mengambil masa dan tertakluk kepada keadaan masing-masing seperti kandungan lemak dalam badan, saiz badan, aktiviti fizikal (senaman), cara pemakanan, berpuasa atau tidak dan sebagainya. Kaedah ini akan mengambil masa yang lebih lama jika tidak menjaga pemakanan, tidak berpuasa dan tidak bersenam.

Pengalaman Saya 
Saya telah melalui dan mempunyai pengalaman mengamalkan pemakanan karbohidrat tinggi. Saya mengambil masa lima bulan (dari Oktober 18 2018 sehingga hujung Februari 2019) sebelum tahap glukosa darah saya turun sehingga dapat berhenti sepenuhnya dari pengambilan ubat metformin dan gliclazide.

Pengalam Saya Degan Diet Keto
Penyakit kencing manis saya adalah akibat mengamalkan kaedah ‘diet keto’ dari Disember 2016 sehingga Oktober 17 2018. ‘Keto diet’ ialah cara pemakanan yang mengamalkan pengambilan karbohidrat rendah, iaitu pengambilan lemak tinggi. Diet yang mengamalkan pengambilan karbohidrat rendah yang lain, iaitu diet pengambilan protein tinggi pula dinamakan “Atkins diet.”

“Keto diet” telah mengakibatkan hati saya penuh dengan lemak dan mengalami  NAFLD (Non-Alcoholic Fatty Liver Disease) serta penyakit kencing manis.

Pada Disember 2016 saya tidak menghidapi penyakit kencing manis tetapi hanya sedikit berat badan berlebihan (78 kg) dan saya ingin mengurangkan berat badan. Setelah dinasihat mengamalkan ‘keto diet,’ saya mengalami penurunan berat badan ke 71-72 kg. Tetapi saya kerap menghadapi sakit gout. Walaupun dah terkena kencing manis mulai Oktober 2017 saya masih mengamal ‘keto diet’ kerana mengikut nasihat pengamal yang lain bahawa ‘keto diet’ ini dapat menstabilkan kencing manis. Semakin lama, penyakit kencing manis saya semakin teruk. Pada mulanya (Oktober 2017) saya hanya diberi metformin tetapi selepas tiga bulan diberi tambahan gliclazide dan selepas tiga bulan lagi terpaksa menambah dos ubat.

Ini pengalaman pahit bagi saya. Saya hanya menyuarakan pendapat sahaja. Kalau mati-mati juga masih nak ikut diet keto, diet Atkins, diet karbohidrat rendah tidak ada masalah pada diri saya. Lantak engkau lah. Saya tak rugi apa-apa pun. Kalau nak ikut kaedah karbohidrat tinggi, saya pun tak untung apa-apa pun. Saya bukan menjual nasihat, jual ubat atau jual supplement. Mungkin kalau diredai Allah, dapat pahala sedikit kerana menceritakan cerita sebenar yang dapat membantu orang lain. In shaa Allah. 

Saya hanya menceritakan pengalaman pahit dan akibat jika terlalu mengikut nasihat orang lain tanpa usul periksa. 

Mulainya Perjalanan Untuk Membaikpulihkan Kesihatan Saya 
Pendekatan saya untuk mengatasi rintangan insulin mungkin berbeza dari pandangan orang lain. Saya mengamalkan pemakanan 70-80% karbohidrat, 10-15% lemak dan 10-15% protein; dan kesemuanya seratus peratus dari sumber tanaman, bukan dari sumber haiwan. Sekarang (Rabu Jun 26 2019) berat badan saya 67.1 kg - lebih rendah dari pada masa bila ikut diet keto (72 kg). Lipid profile pun lebih cantik. Perut pun dah kempis - kehilangan “visceral fat.”

Ini ialah video yang saya tonton pada Oktober 17 2018 yang mengubah fikiran saya serta memulakan perjalanan untuk membaikpulihkan kesihatan saya: 

https://youtu.be/5KWAgKR9JBE

(Video ini hanya terdapat dalam Bahasa Inggeris).

End Note
With many thanks to the Saya Kuvings team for assistance with translation. Any mistakes and errors of fact, however, remain mine and solely mine. Following Marshall McLuhan’s advice to speak in a language your audience understands, this is my first attempt at writing for the layman in the Malay language - on any subject. I am writing for the Malay-speaking audience as I have been driven to exasperation by their inability to grasp the fundamentals of insulin resistance in English as nothing seems go to be available in the Malay language on a low-fat, high-carbohydrate Whole Food Plant Based no Sugars, Oils, Flours, Alcohol or Salt approach to reverse insulin resistance (aka Type 2 Diabetes). I sometimes call this a Vegan Minus Minus diet as its even more restrictive than veganism - no sugars, no oils, no flours and no salt crystals.

Copyright 2003-2019 Azlan Adnan.This blog post is sponsored by The Green Party of Malaysia

No comments: